Saturday 13 August 2016

PENGENALAN

Bismillahhirrahmanirrahim.Alhamddulillah dengan limpah kurnia-Nya dan pertolongan daripada rakan-rakan kumpulan dan tunjuk ajar Puan Siti Aishah Bt Othman iaitu pensyarah Pengajian Malaysia kelas DPR1A kami sekumpulan yang terdiri daripada 
1 ) RAIHANA HUSNA BT ROSLAN 
2 ) NURUL SAZWANI BT WAHID 
3) NURUL SHAZWINA BT MAHAZI

kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan . Syukur Alhamdulillah .

PENGENALAN

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puas hati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.

Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.


Usaha penggubalan Rukun Negara dilakukan semasa negara diperintah oleh Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.

Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk keharmonian kaum.Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN , iaitu pada 27 Januari 1970 . Selepas itu , Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 merupakan satu susunan prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang mencakupi seluruh aspek kehidupan bernegara.











OBJEKTIF

OBJEKTIF
Rukun Negara telah diciptakan dengan beberapa objektif seperti : -

  - Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama . Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kejayaan negara
     - Untuk memelihara cara hidup demokratik perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan - kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang - undang negara.
     - Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat semua rakyat hendaklah emndukung cita cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing – masing .

    - Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak.

    - Membina sebuah masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi moden .




1 ) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Terdapat 5 Rukun Negara yang lahir hasil daripada Majlis perundingan Negara , iaitu : -

yang pertama ialah..
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • kepercayaan kepada tuhan membawa maksud , agama sebagai pegangan utama rakyat Malaysia . Rakyat yang beragama juga mudah diurus untuk menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab . Seterusnya , walaupun Islam menjadi agama rasmi persekutuan , tetapi mana – mana agama lain boleh dianuti dengan bebas dalam persekutuan .
  • Agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesebuah bangsa dan negara . Kaum – kaum di Malaysia menganuti pelbagai agama seperti Islam,Buddhisme,Taoisme,Confucianisme,Hinduisme,Kristian dan lain-lain.
  • Rukun Negara menyedarkan masyarakat tentang pentingnya agama dan kepercayaan dalam kehidupan manusia . Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadiaan seseorang .

Sebagai contoh kepercayaan kepada tuhan ialah dengan melakukan suruhan yang dituntut agama : -





UMAT ISLAM menunaikan solat yang dituntut agama dan percaya kepada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W





2 ) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

yang kedua ialah...
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    - Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Padukan Baginda Yang di - Pertuan Agong sebagai Ketua Negera. Selaras dengan kedudukan Yang di - Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di - Pertua Negeri bagi negeri - negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja - Raja dan Yang Di - Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di - Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat di kehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang Di-Pertuan Agong .
    - Prinsip ini juga bertujuaan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dsn sanggup berkorban untuk negara demi keamanan dan kemajuan . Pegangan yang teguh kepada prinsip ini dipercayai dapat melahirkan rakyat seperti berikut : -
    (I) Menghormati harta awam
    (II) Menghormati simbol – simbol kedaulatan negara
      (III) Mematuhi undang-undang
      (IV) Produktif
      (V) Berusaha meningkatkan nama baik negara melalui aktiviti - aktiviti sosial , ekonomi dan politik yang diceburinya
      (VI) Sanggup menyumbang masa dan tenaganya untuk pembangunan masyarakat dan negara
      (VII) Setia , sanggup dan berani mempertahankan negara daripada sebarang ancaman oleh kuasa luar
      (VIII) Bersifat altruistik
      (IX) Mengutamakan kebaikan masyarakat negara dan negara tanpa perasaan prejudis dan perkauman





Cara untuk menunjukkan kesetiaan kita kepada raja dan negara ialah dengan : -


  1. Berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat
  2. Sentiasa mengambil berat tentang pentadbiran dan pembangunan negara
  3. Mengelakkan dirinya daripada kegiatan dadah yang dapat mencemarkan nama baik negara
  4. Menghormati dan menyanjung tinggi golongan pemerintah dan pemimpin negara
  5. Menyambut ketibaan pemimpin dengan meriah

3 ) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

yang ketiga ialah ….
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
-Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara dan rakyat dikehendaki menghormati serta mempertahankan perlembagaan




sebagai contoh mengaplikasikan rukun negara yang ketiga dalam kehidupan seharian ialah dengan ..
Contohnya :
    1) Setiap rakyat yang setia perlu memahami dan menghormati isi kandungan, semangat serta latar belakang sejarah Perlembagaan Malaysia.
    2) Latar belakang sejarah sangat penting kerana ia memberikan segala penghuraian dan perincian mengenai aspek - aspek yang berkaitan kedudukan raja - raja melayu, kedudukan Islam, kedudukan istimewa orang - orang melayu dan sebagainya.
    3) Kita juga boleh meninggikan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat




4 ) KEDAULATAN UNDANG - UNDANG

Prinsip yang keempat ialah ...

KEDAULATAN UNDANG – UNDANG

-Prinsip ini menekankan kedaulatan undang - undang dan menghormati dengan tidak melakukan sebarang kesalahan dari segi undang-undang . Sekiranya , undang - undang dipelihara,rakyat dapat dihidupkan dalam suasana yg aman , makmur dan harmoni
-Undang-undang amatlah penting bagi setiap individu untuk memastikan individu dalam negara itu terjamin kebebasan asasi mereka.Selain itu,setiap rakyat adalah sama tarafnya dari segi undang-undang dan tertakluk keatasnya.


Terdapat beberapa manfaat sekiranya prinsip ke 4 ini dipelihara , antaranya ialah …

    1) Setiap pemerintahan dan keadilan negara adalah berteraskan kepada undang-undang yang dibuat oleh kerajaan
    2) Tiap – tiap rakyat negara hidup dengan aman tanpa mengira keturunan agama dan kepercayaan
    3) Hak kebebasan individu dijamin oleh undang-undang


5 ) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Yang kelima iaitu antara prinsip yang terakhir ialah...
Kesopanan dan Kesusilaan

-Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. -Hasrat prinsip ini adalad untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.
-Sifat seseorang yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan satu sama lain dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisipln serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
-Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua - dua kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perlaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai - nilai murni.

gambar diatas menunjukkan kanak-kanak kecil menghormati orng yang lebih tua dengan bersalaman

Antara contoh lain kesopanan dan kesusilaan, ialah:

    1. Setiap orang dalam masyarakat dikehendaki bertindak dan berkelakuan secara sopan dan susila.
    2.Kita harus mempunyai moral yang tinggi, menghormati orang lain dan menghidarkan diri daripada membangkitkan persoalan - persoalan yang sensitif