Saturday 13 August 2016

2 ) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

yang kedua ialah...
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    - Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Padukan Baginda Yang di - Pertuan Agong sebagai Ketua Negera. Selaras dengan kedudukan Yang di - Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di - Pertua Negeri bagi negeri - negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja - Raja dan Yang Di - Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di - Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat di kehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang Di-Pertuan Agong .
    - Prinsip ini juga bertujuaan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dsn sanggup berkorban untuk negara demi keamanan dan kemajuan . Pegangan yang teguh kepada prinsip ini dipercayai dapat melahirkan rakyat seperti berikut : -
    (I) Menghormati harta awam
    (II) Menghormati simbol – simbol kedaulatan negara
      (III) Mematuhi undang-undang
      (IV) Produktif
      (V) Berusaha meningkatkan nama baik negara melalui aktiviti - aktiviti sosial , ekonomi dan politik yang diceburinya
      (VI) Sanggup menyumbang masa dan tenaganya untuk pembangunan masyarakat dan negara
      (VII) Setia , sanggup dan berani mempertahankan negara daripada sebarang ancaman oleh kuasa luar
      (VIII) Bersifat altruistik
      (IX) Mengutamakan kebaikan masyarakat negara dan negara tanpa perasaan prejudis dan perkauman





Cara untuk menunjukkan kesetiaan kita kepada raja dan negara ialah dengan : -


  1. Berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat
  2. Sentiasa mengambil berat tentang pentadbiran dan pembangunan negara
  3. Mengelakkan dirinya daripada kegiatan dadah yang dapat mencemarkan nama baik negara
  4. Menghormati dan menyanjung tinggi golongan pemerintah dan pemimpin negara
  5. Menyambut ketibaan pemimpin dengan meriah

25 comments:

  1. Info yang sangat berguna untuk pelajaran sekolah

    ReplyDelete
  2. Memang penerangan yang bagus

    ReplyDelete
  3. Ha baru nak buat homework ke tu, ha tahu kelam kabut dah nak sekolah 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHHAAHHA alamak kantoi

      Delete
    2. HAHAHSHAHSHAHAHAHAH..aduhhh..kantoi lak..HAHAHSHAHSHA

      Delete
  4. Terima kasih banyak banyak ya

    ReplyDelete
  5. Semua datang sini Sebb sejarah ke
    Heheh

    ReplyDelete
  6. Guna la idea ni, boleh tambah pahala saya dgn cg yg mengajar uwu.
    1) Kempen, contoh JOM HORMAT RAJA
    2) Media massa
    3) Pendidikan
    4) Patuh undang² agar pentadbiran berjalan lancar
    5) menyertai pilihan raya, menunaikan tanggungjawab rakyat sebagai pengundi
    6) membayar cukai Dan zakat bagi umat Islam

    ReplyDelete
  7. Apa cara cara memupuk kesetiaan raja dan negara?anyone can help me

    ReplyDelete
  8. yang lima point kat atas tu la sayang

    ReplyDelete
  9. Wah!! Semoga penulis dipermudahkan rezeki💗thank you

    ReplyDelete
  10. Hm boleh tak tolong huraikan sekali cara tu?

    ReplyDelete