Bismillahhirrahmanirrahim.Alhamddulillah dengan limpah kurnia-Nya dan pertolongan daripada rakan-rakan kumpulan dan tunjuk ajar Puan Siti Aishah Bt Othman iaitu pensyarah Pengajian Malaysia kelas DPR1A kami sekumpulan yang terdiri daripada
1 ) RAIHANA HUSNA BT ROSLAN
2 ) NURUL SAZWANI BT WAHID
3) NURUL SHAZWINA BT MAHAZI
kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan . Syukur Alhamdulillah .
PENGENALAN
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puas hati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.
Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
Usaha
penggubalan Rukun Negara dilakukan semasa negara diperintah oleh
Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) Majlis Perundangan Negara yang
dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein
(merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang
Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada
mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai
oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin
Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T
Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada
parti politik.
Majlis
Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka
perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi
garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi
kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah
negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa
yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula
menggunakan tema
untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai
langkah mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk keharmonian
kaum.Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara ini dicetuskan
semasa mesyuarat pertama MPN , iaitu pada 27 Januari 1970 . Selepas
itu , Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 merupakan satu
susunan prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai
kenegaraan dan norma-norma sosial yang mencakupi seluruh aspek
kehidupan bernegara.